Previous Page  9 / 74 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 9 / 74 Next Page
Page Background

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

2

1.1 TUJUAN

Dasar ini menerangkan secara umum dasar penggunaan sumber-sumber

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terdapat di Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan diterima pakai sebagai Dasar

Umum. Mana-mana dasar terperinci atau spesifik untuk setiap sumber

yang disenaraikan adalah mengatasi Dasar Umum ini.

1.2 OBJEKTIF

Penggunaan ICT oleh warga UPNM dan pihak-pihak lain merupakan

satu peranan penting dalam mencapai visi dan misi UPNM. Dasar ini

bertujuan memastikan perkara-perkara berikut:

i.

Warga UPNM dan pihak-pihak lain dimaklumkan tentang kewujudan

dan peranan Dasar ICT UPNM;

ii.

Kemudahan ICT UPNM digunakan secara bijaksana mengikut dasar

yang ditetapkan;

iii.

Tanggungjawab pengguna dan pihak-pihak lain dimaklumkan;

iv.

Kerosakan, kemusnahan dan penyalahgunaan sumber ICT UPNM

dapat diminimumkan; dan

v.

Keselamatan data UPNM adalah terjamin mengikut ciri-ciri

kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan.

1.3 SKOP

1.3.1 Sumber

Sumber ICT yang tersenarai di dalam dokumen ini dan sumber yang

tidak tersenarai tetapi dianggap sebagai sumber ICT oleh

Jawatankuasa Pemandu ICT, UPNM (JPICT) adalah juga tertakluk

kepada dasar ini.

1.3.2 Pengguna

Semua pengguna adalah tertakluk kepada Dasar ICT UPNM.

Pengguna yang sah tetapi menyalah guna dan sesiapa yang tidak

diberi kebenaran (penceroboh) boleh diambil tindakan yang