Previous Page  12 / 74 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 12 / 74 Next Page
Page Background

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

5

xxi.

“Staf”

bermaksud seseorang yang dilantik oleh UPNM atau badan-

badan lain di UPNM untuk menjawat jawatan sama ada sebagai staf

akademik atau staf bukan akademik sama ada secara tetap,

pinjaman, sambilan, kontrak dan sementara serta masih berkhidmat;

xxii.

“Storan Pengguna”

merujuk kepada ruang storan yang telah

diperuntukkan kepada setiap pengguna yang sah dalam sesuatu

sistem atau sumber ICT;

xxiii.

“Sumber ICT”

merangkumi semua kemudahan ICT termasuk tetapi

tidak terhad kepada UPNMNet, sistem komputer peribadi dan

terminal, mel elektronik, perkakasan, storan data, dan perisian.

Sumber ICT tidak terhad kepada semua kemudahan yang disediakan

oleh UPNM secara berpusat dan yang disediakan oleh Pusat

Tanggungjawab (PTj), tetapi termasuk kemudahan yang dibeli,

disewa, dipajak, dimiliki atau dipinjamkan kepada UPNM;

xxiv.

“Tuan Punya Maklumat”

merujuk kepada seseorang individu yang

boleh dikenal pasti melalui maklumat peribadi yang ada;

xxv.

“UPNM”

bermaksud Universiti Pertahanan Nasional Malaysia; dan

xxvi.

“UPNMNet”

bermaksud infrastruktur rangkaian ICT UPNM yang

terdiri daripada Rangkaian Tulang Belakang

(Backbone Network),

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan Rangkaian Kawasan

Setempat Wayarles (WLAN) serta rangkaian-rangkaian yang

berkaitan.

xxvii. “

UPNM CERT

” bermaksud UPNM

Computer Emergency Response

Team.

1.5 DASAR AM UNIVERSITI

i.

UPNM bertanggungjawab menyediakan kemudahan ICT untuk

kegunaan staf akademik, pentadbiran, sokongan dan pelajar bagi

menyokong fungsi Universiti;

ii. Semua kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan oleh

UPNM adalah hak mutlak UPNM. Pengguna berdaftar diberikan

keistimewaan untuk menggunakan kemudahan tersebut berdasarkan

keperluan tugas dan bukannya hak yang diberikan kepada pengguna.