Previous Page  11 / 74 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 11 / 74 Next Page
Page Background

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

4

x.

“Pelayan”

bermaksud komputer yang mempunyai keupayaan

pemprosesan tinggi yang memberi perkhidmatan berpusat seperti

mel elektronik, aplikasi, sistem, web dan sebagainya;

xi.

“Pengguna”

bermaksud seorang atau kumpulan orang yang

dibenarkan menggunakan kemudahan ICT UPNM. Setiap pengguna

dikenal pasti melalui penggunaan identiti pengguna;

xii.

“Pengurus Maklumat”

merujuk kepada seseorang yang dilantik dan

diberi kuasa

(authority)

oleh Universiti untuk mengendali, mengurus,

menyelenggara dan menjaga kerahsiaan dan keselamatan maklumat

Universiti;

xiii.

“Pemilik Data”

merujuk kepada PTj yang bertanggungjawab

menguruskan sesuatu butir data atau maklumat termasuk tuan punya

maklumat;

xiv.

“Peralatan Rangkaian”

bermaksud peralatan dan komponen yang

digunakan dalam sistem rangkaian UPNMNet seperti

firewall

,

router,

switch, access point (AP), hub

dan sebagainya;

xv.

“Pentadbir Rangkaian"

bermaksud pegawai yang bertanggungjawab

mengurus, mengawal, memantau dan menyelenggara operasi dan

keselamatan sistem rangkaian UPNMNet;

xvi.

“Pentadbir Sistem"

bermaksud pegawai yang bertanggungjawab

mengurus, mengawal, memantau dan menyelenggara operasi dan

keselamatan sistem pelayan;

xvii.

“Perisian”

bermaksud atur cara yang digunakan untuk melaksanakan

tugas tertentu oleh komputer seperti perisian aplikasi (automasi

pejabat, grafik dan sebagainya) dan perisian sistem (sistem

pengoperasian, pengkompil dan sebagainya);

xviii.

“Perkakasan”

bermaksud peralatan dan komponen ICT seperti

komputer, komputer riba,

tablet

, persisian

(peripheral)

, pencetak,

projektor LCD dan sebagainya;

xix.

“PTj”

bermaksud Pusat Tanggungjawab yang merangkumi semua

Fakulti, Pusat, Pejabat, Institut, Jabatan, Bahagian, Seksyen dan

Unit di UPNM;

xx.

“PTMK”

bermaksud Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi;