facebook_page_plugin


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

 

Selamat datang ke portal rasmi Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) , Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kami warga PTMK amat mengalu-alukan semua pelanggan untuk mendapatkan seberapa banyak informasi yang tepat, sahih dan terkini mengenai PTMK. Sebagai medium penyebaran utama maklumat organisasi kepada para pelanggan, tidak dapat dinafikan betapa pentingnya bagi organisasi memiliki sebuah portal yang mempunyai ciri-ciri mesra pelanggan, sarat dengan maklumat yang diperlukan pelanggan dengan kaedah capaian yang mudah hanya dengan satu klik.

 

Dalam memastikan sistem penyampaian PTMK sentiasa pada tahap terbaik dan berkesan, PTMK telah memainkan peranan cukup signifikan melalui pengwujudan inisiatif-inisiatif baru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kearah pencapaian visi dan misi PTMK selari aspirasi UPNM. PTMK sentiasa berusaha dan komited demi menambahbaik infrastruktur ICT baik dari segi talian rangkaian, perkakasan, perisian, pembudayaan ICT mahupun pengurusan ICT selaras dengan garis panduan, peraturan, piawaian serta best practices yang ada.

 

Semoga PTMK dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga UPNM melalui segala transformasi dan inovasi dalam sistem penyampaian yang didokong oleh teknologi ICT.

 

Selamat melayari Portal PTMK.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Kolonel Zulkefli Bin Abdullah

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Menjalankan tugas Pengarah PTMK 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia