facebook_page_plugin

KELAB PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 

TUJUAN/MATLAMAT

  1. Menjaga kebajikan Ahli Kelab PTMK di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  2. Merapatkan hubungan segenap Ahli Kelab PTMK di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi agar dapat mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang harmoni dan sihat seterusnya meningkatkan produktiviti jabatan.
  3. Merapatkan hubungan Ahli Kelab PTMK dengan warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  4. Mengadakan akitiviti yang dapat mengeratkan silaturrahim di antara Ahli Kelab PTMK dan memberikan faedah kepada Ahli Kelab PTMK samada dalam bentuk sosial mahu pun ekonomi.
  5. Memberi sumbangan dan bantuan dalam bentuk hadiah atau wang  kepada Ahli Kelab PTMK bagi perkara-perkara yang ditetapkan. 

 

KEAHLIAN

Staf yang berkhidmat di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UPNM samada staf tetap/kontrak/sambilan/tentera adalah dengan sendirinya menjadi Ahli Kelab PTMK ini.

 

JAWATANKUASA

Pengurusan kelab ini adalah dipertanggungjawabkan kepada satu Jawatankuasa yang dipilih dalam Mesyuarat Agong yang akan diadakan sekali dalam setahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada :-

 

  1. Seorang Pengerusi
  2. Seorang Naib Pengerusi
  3. Seorang Setiausaha I
  4. Seorang Setiausaha II
  5. Seorang Bendahari
  6. Lapan orang ahli jawatankuasa

 

JAWATANKUASA TERKINI (2015-2017)

 BANTUAN KEWANGAN/HADIAH

Kematian

Sumbangan kewangan akan disalurkan kepada waris Ahli Kelab PTMK atas kematian Ahli Kelab PTMK atau kepada Ahli Kelab PTMK sendiri atas kematian tanggungannya yang terdekat :-

(a)        Atas kematian Ahli Kelab PTMK sendiri                  

(b)       Atas kematian isteri/suami/anak di bawah

            tanggungan Ahli Kelab PTMK termasuk anak tiri    

(c)        Atas kematian ibu/bapa sendiri                                  

 

Apabila berlaku kematian, hendaklah Ahli Kelab PTMK/waris Ahli Kelab PTMK memberitahu kepada Setiausaha Kelab PTMK dengan memberi bukti dan Bendahari Kelab PTMK akan mengeluarkan bantuan dengan segera.

 

Perkahwinan

Sumbangan hadiah/wang tunai akan dikeluarkan kepada Ahli Kelab PTMK yang berkahwin.

 

Pertukaran

Memberi sumbangan hadiah/cenderamata kepada Ahli Kelab PTMK yang bertukar

 

Kelahiran Cahaya Mata

*(Ketika dalam perkhidmatan di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) sahaja). Memberi sumbangan hadiah/wang tunai kepada Ahli Kelab PTMK yang mendapat anak.

 

Masuk hospital

*(Disebabkan kemalangan atau sakit kecuali bersalin)

Memberi sumbangan hadiah/wang tunai kepada Ahli Kelab PTMK jika dimasukkan ke hospital (tanpa mengira hari).

 

Saguhati Kecemerlangan

Sumbangan/hadiah bagi anak Ahli Kelab PTMK yang cemerlang dalam akademik bagi peperiksaan kerajaan iaitu UPSR (3A keatas), PMR (5A keatas) dan SPM (6A keatas).

Anak Ahli Kelab PTMK yang berjaya mendaftar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) .

Majlis Konvokesyen Ahli Kelab PTMK yang berjaya menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) .

 

Hadiah Hari Lahir Ahli

Memberi sumbangan hadiah kepada Ahli Kelab PTMK yang menyambut hari lahir.

 

Lain-lain

Memberikan sumbangan wang/hadiah atas pertimbangan Jawatankuasa bagi lain-lain hal yang difikirkan perlu.

  

PENAUNG

Penaung kelab ini ialah :-

 

Pengarah

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.