facebook_page_plugin

Jawatankuasa Teknikal ICT UPNM  adalah selari dengan perangkaan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) yang disediakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) ditubuhkan bagi menimbangkan dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada fakulti dan jabatan (FPJB) berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT FPJB masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan.

JTICT menilai permohonan projek ICT  dari aspek daya maju teknikal (technical viability), pengoptimuman sumber dan keberkesanan kos bagi menyokong keperluan perkhidmatan teras sesebuah agensi. Ini bertujuan untuk memastikan projek ICT yang dilaksanakan mempunyai nilai tambah serta dapat memberi pulangan nilai untuk wang (value for money), impak dan keberkesanan yang tinggi kepada warga kampus sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan universiti seterusnya kerajaan. 

TUJUAN

Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT di FPJB dijalankan selaras dengan dasar ICT universiti dan kerajaan.

CADANGAN TARIKH MESYUARAT JTICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) BAGI TAHUN 2018

BIL.

PERKARA

TARIKH MESYUARAT

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KERTAS PERMOHONAN

1.

Mesyuarat JTICT Bil. 1/2018

18 Januari 2018 (Khamis)

15 Januari 2018 (Isnin)

2.

Mesyuarat JTICT Bil. 2/2018

5 April 2018 (Khamis)

28 Mac 2018 (Rabu)

3.

Mesyuarat JTICT Bil. 3/2018

24 Mei 2018 (Khamis)

16 Mei 2018 (Rabu)

4.

Mesyuarat JTICT Bil. 4/2018

13 September 2018 (Khamis)

5 September 2018 (Rabu)

 

CADANGAN TARIKH MESYUARAT JKTICT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) BAGI TAHUN 2018

BIL.

PERKARA

TARIKH MESYUARAT

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KERTAS PERMOHONAN

1.

Mesyuarat JKTICT Bil. 1/2018

25 Januari 2018 (Khamis)

10 Januari 2018 (Rabu)

2.

Mesyuarat JKTICT Bil. 2/2018

22 Mac 2018 (Khamis)

7 Mac 2018 (Rabu)

3.

Mesyuarat JKTICT Bil. 3/2018

3 Mei 2018 (Khamis)

18 April 2018 (Rabu)

4.

Mesyuarat JKTICT Bil. 4/2018

19 Julai 2018 (Khamis)

4 Julai 2018 (Rabu)

5.

Mesyuarat JKTICT Bil. 5/2018

6 September 2018 (Khamis)

22 Ogos 2018 (Rabu)

6.

Mesyuarat JKTICT Bil. 6/2018

25 Oktober 2018 (Khamis)

10 Oktober 2018 (Rabu)

 

Format

    Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT

    Templat Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT

 

Pelaksanaan

Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan ke kaunter perkhidmatan PTMK sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh JTICT bersidang.

 

Rujukan Had Nilai

Had Nilai Dan Peringkat Kelulusan Teknikal Projek ICT UPNM

 

Rujukan

Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam