facebook_page_plugin

HARI KELUARGA PTMK 2019

9 - 10 Mac 2019: Hari Keluarga PTMK 2019 yang bertemakan Glamourous Night telah diadakan di Erya By Suria Hot Spring, Bentong, Pahang. Ia merupakan aktiviti yang julung kali diadakan anjuran Kelab PTMK bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan semua ahli kelab. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memeriahkan lagi Hari keluarga ini antaranya sukaneka, makan malam, cabutan bertuah, karaoke dan lain-lain lagi. 

 

 

PROGRAM IHYA RAMADHAN PTMK

Alhamdulillah, syukur dan puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Setiap tahun kita akan menanti kedatangan dan tibanya Ramadhan yang penuh dengan kemulian. Setiap dari kita akan pasti tidak melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah dengan kelebihan ini. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan “ jangan kamu jadikan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain”. Bertolak dari sini, Kelab Kebajikan Staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Kelab PTMK) sesi 2019 menganjurkan program Ihya Ramadhan bagi merapatkan ukhwa dalam kalangan warga PTMK.

Program tahunan PTMK ini dirancang dan telah dilaksanakan pada 28 Mei 2019 (Selasa) dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

 

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan staf yang berketerampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Menjadi warga staf yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan bersedekah dan melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bergotong-royong memasak kuih onde-onde, alunan bacaan Al-Quran dan Tazkirah Ramadhan oleh Puan Noor Suhaiza binti Chulan (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).

 

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UPNM SESI 2018/2019

18 Februari 2019 (Isnin) - Barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UPNM) yang baharu bagi sesi 2018/2019 sedang dalam siri jelajahnya ke beberapa Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian di UPNM telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) bagi mempereratkan hubungan ukhwah pelajar dan staf.

 

 

Konvensyen Pentadbir ICT 2018

Seramai 2 orang staf PTMK telah menghadiri Konvension Pentadbir ICT 2018 yang diadakan selama 3 hari di Pulai Spring Resort , Johor Bharu, 24-26 April 2018 yang lalu.

Konvensyen ini merupakan anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor dan membawa konsep ' Revolutionising Next Generation Digital Services '.