facebook_page_plugin

Latihan Information Security Management System (ISMS) Implementation

Pada 22-25 Ogos 2017 yang lalu, dua orang staf PTMK telah menghadiri Latihan ISMS Implementation. Latihan ini merupakan salah satu latihan di bawah program Pembangunan Keselamatan Siber Sektor Awam melalui Projek RMK-11 yang bertujuan untuk membolehkan agensi mengukur tahap ketersediaan dan inisiatif dalam tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan keselamatan maklumat. Program telah berlangsung di CyberSecurity Malaysia.

Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Sempena Keberangkatan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi Menunaikan Ibadah Haji

Sempena keberangkatan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi menunaikan ibadah haji, warga PTMK telah mengadakan bacaan Yaasin dan doa selamat. Pimpinan bacaan Yassin dan doa telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azmi dan majlis ini dihadiri oleh semua staf PTMK. Semoga Allah menganugerahkan Kolonel Zulkefli dan isteri haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni. Selamat pergi dan selamat kembali.

Bengkel Pemantapan EDUROAM IPTA

Bengkel berkonsep hands-on ini bertujuan membantu institusi-institusi pengajian tinggi awam untuk menubuhkan eduroam IdP dan SP dan menyambungkannya ke rangkaian eduroam global.

Lawatan Benchmarking daripada Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) ke Pusat Data UPNM

Sekitar jam 9.30 pagi tadi , Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan lawatan benchmarking ke Pusat Data UPNM . MBSA adalah dalam rangka lawatan bagi kajian mereka mengenai peningkatan Pusat Data MBSA sedia ada.

ICT Risk Management Siri 2/2017

Tarikh : 25-26 Julai 2017