facebook_page_plugin

Sesi UAT Sistem e-Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (eLPPT)

Pada 31/10/2017 lalu telah berlangsung Sesi UAT Sistem e-Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (eLPPT) bertempat  di makmal aras 1,Bangunan PTMK.
Sesi UAT ini melibatkan staf-staf  dari dua FPJB pilot iaitu Jabatan Pendaftar dan juga Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 

Sesi Meja Bulat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) & Majlis Pengarah-pengarah ICT IPTA (MAPITA)

PTMK telah mewakili UPNM dalam menyertai program "Shaping HE 4.0 Through ICT and Industry 4.0" sempena sesi meja bulat Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (CIO) dan Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA) yang diadakan pada 20 -22 Oktober 2017 bertempat di Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi, Kedah.
UPNM diwakili oleh Tn. Hj. Kolonel Zulkefli bin Abdullah (CIO), Encik Mohd Azmi Bin Mustafa@Sulaiman (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) dan Puan Ruhaidah Binti Abu Nor (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) .

Leadership Symposium 2017

Seramai 2 orang staf PTMK telah menghadiri simposium kepimpinan anjuran Kursi Kepimpinan UPNM di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur pada 6 September 2017 lalu.

Simposium ini menggarap pengalaman-pengalaman para penyampai(keynote speakers) dalam arena kepimpinan strategik.

MYREN-X berkelajuan 100 Gbps dilancar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Gigabit sesaat (Gbps) Malaysian Research and Education Network (MYREN-X).

Majlis Qurban dan Aqiqah Peringkat UPNM 2017M/1438H

Pada 4 September 2017 yang lalu, Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah Peringkat UPNM 2017M/1438H sempena menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini. Sebanyak 10 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan 3 ekor kambing telah dikorbankan