facebook_page_plugin

Program Refleksi dan Hala Tuju Pengurusan UPNM 2018

JELEBU, 22 Januari 2018 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dibawah kendalian Pejabat Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Refleksi dan Hala Tuju Pengurusan UPNM 2018 bermula 22 hingga 26 Januari 2018 bertempat di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) Bil 1/2018

PTMK, 18 Januari 2018 - Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi(PTMK) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) Bil 1/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama , Bangunan PTMK.

Hari Bersama Pelanggan dan Technology Update PTMK UPNM 2017

UPNM, 21 November 2017 – Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), UPNM telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan: Technology Update PTMK 2017 hari ini. Program telah dirasmikan oleh YM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Sembok bin Tengku Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) sebagai mewakili Naib Canselor UPNM.

Bacaan Yasin dan Tahlil Buat Bonda Puan Noor Suhaiza binti Chulan

Baru-baru ini pihak PTMK dikejutkan dengan pemergian bonda Pn. Noor Suhaiza binti Chulan pada 22 Dec 2017, Jumaat jam 6.45 ptg.

Persiapan Istiadat pemasyuran dan Konvokesyen Kali Ke 8

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia akan menganjurkan Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen UPNM kali ke-8 pada 7 dan 8 November 2017, bertempat di Dewan Tun Templer, UPNM.

PTMK turut terlibat dalam menjayakan acara gilang gemilang ini, bertanggungjawab dalam pembikinan laman web rasmi Konvokesyen, Sistem Pengurusan Graduan, penyediaan peralatan video dan Multi Camera Production serta persiapan dan pemasangan peralatan ICT.

Terimakasih kepada warga PTMK yang terlibat dalam Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen ini. Semoga momentum ini dapat dikekalkan sehingga selesai acara. InsyaaAllah.