facebook_page_plugin

TAKLIMAT PANDUAN PENGURUSAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM (PPrISA)

21 Oktober 2019 - Seramai 45 orang staf UPNM yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) serta wakil-wakil daripada setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) telah menghadiri Taklimat Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam yang telah disampaikan Puan Chua Swee Suan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perundingan ICT, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Taklimat anjuran PTMK ini pada dasarnya diadakan untuk memberi pengetahuan dan panduan yang sistematik dan menyeluruh tentang aspek pengurusan projek ICT di sektor awam melalui metodologi Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam atau PPrISA yang telah digubal oleh pihak MAMPU. Taklimat ini dikongsikan juga bersama semua FPJB di UPNM sebagai rujukan untuk pelaksanaan projek ICT di peringkat FPJB masing-masing. Fokus utamanya bagi memastikan setiap Projek ICT diuruskan oleh satu pasukan projek yang khusus dan semua dokumentasi yang berkaitan dengan projek ICT disediakan serta menepati standard atau kualiti yang ditetapkan.