PROGRAM IHYA RAMADHAN PTMK

Alhamdulillah, syukur dan puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Setiap tahun kita akan menanti kedatangan dan tibanya Ramadhan yang penuh dengan kemulian. Setiap dari kita akan pasti tidak melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah dengan kelebihan ini. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan “ jangan kamu jadikan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain”. Bertolak dari sini, Kelab Kebajikan Staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Kelab PTMK) sesi 2019 menganjurkan program Ihya Ramadhan bagi merapatkan ukhwa dalam kalangan warga PTMK.

Program tahunan PTMK ini dirancang dan telah dilaksanakan pada 28 Mei 2019 (Selasa) dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

 

Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan staf yang berketerampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Menjadi warga staf yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan bersedekah dan melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bergotong-royong memasak kuih onde-onde, alunan bacaan Al-Quran dan Tazkirah Ramadhan oleh Puan Noor Suhaiza binti Chulan (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).