facebook_page_plugin

Konvensyen Pentadbir ICT 2018

 
Seramai 2 orang staf PTMK iaitu Puan Sari Nashikim Radin Iskandar dan Puan Noor Effa Nina Binti Muhamad telah menghadiri Konvension Pentadbir ICT 2018 yang diadakan selama 3 hari di Pulai Spring Resort , Johor Bharu, 24-26 April 2018 yang lalu.

Konvensyen ini merupakan anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor dan membawa konsep ' Revolutionising Next Generation Digital Services '.
 
Penyertaan dari universiti dan agensi seluruh Malaysia dengan penglibatan 13 pempamer juga telah banyak memberi manfaat dan peluang kerjasama serta perkongsian ilmu dikalangan peserta konvensyen.