KEJOHANAN BOLA JARING PIALA BENDAHARI KALI KE-4 TAHUN 2018
- Details
- Category: Hebahan dan Berita
20 April 2018 - KEJOHANAN BOLA JARING PIALA BENDAHARI KALI KE - 4 2018
PTMK telah menghantar penyertaan kali kedua dalam Kejohanan Bola Jaring Piala Bendahari kali ke-4 2018 yang dianjurkan oleh Jabatan Bendahari dengan kerjasama Pusat Sukan UPNM.
Kejohanan ini telah diadakan pada 20 April 2018 (Jumaat) bermula dari 8.00 pagi.
Dengan bangganya, pada kejohanan kali ini , pasukan bola jaring PTMK telah menggondol tempat pertama dengan menewaskan 9 pasukan lain. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan.
Syabas PTMK ! Pastinya semangat kerjasama , permainan yang tenang dan taktikal yang baik telah membuahkan hasil dan memori yang indah demi menebus kekalahan pada kejohanan sebelumnya. Syabas sekali lagi. Semoga bertemu kembali di kejohanan akan datang.