Bengkel Hala Tuju dan Roadmap ICT KPT

9-11 Mac 2018 - Satu Bengkel Hala Tuju dan Roadmap ICT KPT telah diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil ICT daripada Universiti Awam, PTPTN, MQA, Politeknik dan Kolej Komuniti.

 

Wakil daripada Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UPNM disertai oleh Ketua Pegawai Maklumat UPNM, Kolonel Hj Zulkefli bin Abdullah,  Puan Farahzeeda binti Zakaria dan Puan Sari Nashikim binti Radin Iskandar.

 

Penganjuran Bengkel Hala Tuju dan Roadmap ICT KPT adalah kesinambungan dari hasil rumusan Sesi Meja Bulat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Majlis Pengarah-Pengarah ICT (MAPITA) yang telah diadakan pada 20 - 22 Oktober 2017 bertempat di Holiday Villa Resort & Spa Langkawi. 

 

Antara objektif utama bengkel ini diadakan adalah seperti berikut:

 

a)       Menyediakan roadmap ICT bagi KPT dan agensi di bawahnya yang merangkumi  pelan tindakan dan jadual pelaksanaan;

b)       Merangka Pelan Strategik ICT yang meliputi aspek-aspek ICT terkini;

c)        Mewujudkan satu pasukan petugas khas (task force) bagi mengkaji MyMOHES dan mengenal pasti halatuju dan integrasi data/sistem yang terdapat di KPT dan agensi di bawahnya serta hal-hal berkaitan ICT;

d)       Mengkaji kaedah dan strategi pelaksanaan dengan mengambil kira perkongsian kepakaran, sistem dan best practices di KPT dan agensi di bawahnya serta ketersediaan infrastruktur rangkaian; dan

e)       Menyediakan kertas cadangan halatuju ICT untuk dibentang kepada pihak Pengurusan Tertinggi KPT.

 

Semoga ilmu yang dikongsi dan strategi yang telah dirancang dalam bengkel ini dapat bersama-sama direalisasikan selari aspirasi universiti.