facebook_page_plugin

Sesi Taklimat Sistem MyRAM dan Penerangan MS ISO 27001:2013 ISMS UPNM

13 Februari 2018 - Sesi Taklimat Sistem MyRAM dan Penerangan MS ISO 27001:2013 ISMS Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Taklimat yang diadakan di MAMPU, Cyberjaya ini dihadiri oleh Pegawai daripada PTMK, Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) berserta wakil daripada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Pusat Keselamatan Siber dan Jabatan Sains Komputer, FSTP.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Azizah binti Sunar, Bahagian Perundingan ICT, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).