facebook_page_plugin

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) Bil 1/2018

 

PTMK, 18 Januari 2018 - Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi(PTMK) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) Bil 1/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama , Bangunan PTMK.

Seperti semua sedia maklum , Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) ditubuhkan bagi menimbangkan dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada fakulti dan jabatan (FPJB) berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT FPJB masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan.

Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Dr Mohammad Adib Bin Khairuddin yang menggantikan mantan pengerusi JTICT iaitu Prof. Dr. Omar Bin Zakaria yang turut hadir dalam mesyuarat ini. Pertemuan kali ini juga menyaksikan beberapa muka baharu yang dilantik bagi mengisi beberapa kerusi jawatankuasa.

Antaranya ialah pelantikan Cik ZunorulNaim Binti Mohamed Yusof sebagai mengisi keperluan wakil Bendahari dan juga Prof Madya dr Suzaimah Bte Ramli bagi menggantikan Prof Madya Dr. Mohd nazri Bin Ismail.

 
 
 
 
v