facebook_page_plugin

Hari Bersama Pelanggan dan Technology Update PTMK UPNM 2017

 

UPNM, 21 November 2017 – Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), UPNM telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan: Technology Update PTMK 2017 hari ini. Program telah dirasmikan oleh YM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Tengku Sembok bin Tengku Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) sebagai mewakili Naib Canselor UPNM.

Program ini bertujuan memberikan informasi berkaitan teknologi ICT terkini kepada warga kampus serta perkongsian ilmu mengenai isu-isu keselamatan ICT semasa Dalam ucapan perasmiannya, YM Prof. Emeritus Dato mengajak semua warga UPNM mengikuti perkembangan teknologi terkini yang sekian hari sekian pantas menguasai dunia global hari ini terutamanya dalam sistem pendidikan negara.

Pelbagai agensi swasta dan kerajaan dari industri teknologi maklumat turut serta memberi ceramah dan menganjurkan pameran. Di antara agensi yang terlibat adalah dari Huawei Malaysia, Netsmart Sdn. Bhd., Data Alliance Sdn. Bhd., Cyber Security Malaysia, OgX Networks Sdn. Bhd., Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Pusat Keselamatan Siber UPNM.