facebook_page_plugin

Latihan Information Security Management System (ISMS) Implementation

Pada 22-25 Ogos 2017 yang lalu, Puan Saidatul dan Encik Ahmad Faizal telah menghadiri Latihan ISMS Implementation. Latihan ini merupakan salah satu latihan di bawah program Pembangunan Keselamatan Siber Sektor Awam melalui Projek RMK-11 yang bertujuan untuk membolehkan agensi mengukur tahap ketersediaan dan inisiatif dalam tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan keselamatan maklumat. Program telah berlangsung di CyberSecurity Malaysia.