facebook_page_plugin

Majlis Qurban dan Aqiqah Peringkat UPNM 2017M/1438H

Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah Peringkat UPNM 2017M/1438H sempena menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini. Sebanyak 10 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan 3 ekor kambing telah dikorbankan.
 
Kelainan Majlis Qurban dan Aqiqah kali ini adalah ianya berlangsung serentak dengan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan ini seterusnya memeriahkan lagi upacara qurban dan aqiqah yang diadakan ini dengan penglibatan pelajar-pelajar baharu yang turut bersama-sama berganding bahu membantu menjayakan program ini.
 
Warga PTMK turut tidak melepaskan peluang untuk turut serta membantu melicinkan perjalanan program tersebut.Majlis ini berakhir dengan rasminya selepas solat berjamaah Zohor di Masjid Muhammad Al-Fateh.