facebook_page_plugin

Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Sempena Keberangkatan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi Menunaikan Ibadah Haji

Sempena keberangkatan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi menunaikan ibadah haji, warga PTMK telah mengadakan bacaan Yaasin dan doa selamat. Pimpinan bacaan Yassin dan doa telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azmi dan majlis ini dihadiri oleh semua staf PTMK.

Semoga Allah menganugerahkan Kolonel Zulkefli dan isteri haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni. Selamat pergi dan selamat kembali.