facebook_page_plugin

Sambutan Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” Peringkat UPNM

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan program “Jom Baca Bersama 10 Minit” peringkat Universiti pada 25 April 2017, iaitu sebuah program membaca selama 10 minit dalam mana-mana waktu sepanjang hari berkenaan. Bagi menyokong usaha murni universiti bagi memupuk minat membaca, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) juga turut serta dalam menjayakan program berkenaan.
 
Program ini merupakan usahasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan Universiti seluruh Malaysia yang diadakan setiap tahun bersempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun.
 
Program ini merupakan salah satu usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Program ini akan diadakan serentak di seluruh negara.