facebook_page_plugin

Majlis Sign-Off Khidmat Perundingan MAMPU bagi Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT)

Pada 14 Julai 2017 lalu telah diadakan Majlis Sign-Off Khidmat Perundingan MAMPU bagi Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli pasukan PSICT yang merangkumi 4 pasukan utama meliputi 4 bidang keutamaan ICT iaitu Aplikasi, Infrastruktur , Tadbir Urus ICT dan Pembudayaan ICT. Pasukan-pasukan ini dianggotai oleh staf - staf UPNM merentasi fakulti dan jabatan.

Pembentangan Hasil kajian telah dibentangkan oleh Ketua Pegawai Maklumat UPNM yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) serta merupakan pengarah projek PSICT , Kolonel Zulkefli Bin Abdullah.

Seterusnya, majlis disempurnakan dengan acara menurunkan tandatangan oleh Kolonel Zulkefli dan wakil dari Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit(MAMPU) , Puan Susie Dorai Raj. Acara tersebut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),Prof. Emeritus Dato' Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah memberi komitmen tinggi dan berterusan bagi penghasilan Pelan Strategik ICT ini. Semoga sumbangan dan komitmen ahli pasukan yang telah berjaya membawa kepada keberhasilan pelan strategik ini dapat menjadi titik lonjakan mutu ICT di Universiti untuk kebaikan warga kampus keseluruhannya.

Tahniah sekali lagi!

 

 

 SignOffPsict 0

 

 SignOffPsict 1

 

 SignOffPsict 2

 

 SignOffPsict 3

 

 SignOffPsict 4

 

 SignOffPsict 5