facebook_page_plugin

Majlis Sign-Off bagi Sistem e-Kenderaan dan Kick-Off Sistem Permohonan Perjalanan Luar Negara (e-SPPLN)

Pada 19 Jun 2017 lalu, PTMK telah mengadakan majlis Sign-Off bagi Sistem e-Kenderaan dan juga dikembarkan dengan majlis Kick-Off Sistem Permohonan Perjalanan Luar Negara (e-SPPLN)

Dokumen - dokumen telah ditandatangani oleh wakil-wakil pemilik sistem dari Jabatan Pendaftar UPNM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara tandatangan oleh Ketua Pegawai Maklumat, Kolonel Zulkefli bin Abdullah dengan disaksikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Aplikasi, Puan Ruhaidah Binti Abu Nor. Majlis tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PTMK dan turut disertai pegawai - pegawai lain.

Kedua dua sistem berkenaan telah dan bakal dibangunkan secara In-House oleh PTMK. Semoga PTMK terus cemerlang dan gemilang dalam memenuhi keperluan digital seantero universiti. Tahniah PTMK!

 

 

 19275283 1188806871224507 590545368503831415 n