Program Ihya Ramadhan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK)

Kelab PTMK telah menganjurkan aktiviti memasak dan mengagih bubur lambuk peringkat PTMK bersempena bulan Ramadhan 1438H. 

Gotong-royong, rewang dan aktiviti memasak bagi program tersebut telah dilakukan pada 15 Jun 2017 bermula pada jam 8.30 pagi, bertempat di laman sisi PTMK yang diketuai oleh Puan Farahzeeda dan Encik Shamsuri.

Agihan bubur lambuk kepada warga PTMK telah dilaksanakan sebaik sahaja selesai ceramah ringkas dari Ustaz Muhammad Ridwan Bin Hashim daripada Pusat Islam UPNM.

Semoga usaha murni dalam menjayakan aktiviti ini sentiasa berterusan dan mendapat keberkatan serta sebaik-baik balasan daripada Allah S.W.T.

 

1  2   23

 

  3  4

 

 5   6

 

 7  8   9

 

 10   11   14

 

 16   19   21

 

26   24