facebook_page_plugin

KELAB PTMK KIBAR JALUR GEMILANG DI BUKIT BESI

23 Ogos 2019 - Kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang perlu ada dalam diri seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira masa, malah tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan ketibaan Hari Kebangsaan yang ke-62 pada Sabtu ini.

Kelab Kebajikan Staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Kelab PTMK) tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan ekspidisi mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Bukit Besi Alam Damai. Aktiviti berjalan beramai-ramai sambil mengibarkan jalur gemilang sejauh 1.5 kilometer ini secara tidak langsung menyokong inisiatif gaya hidup sihat yang dilaksanakan di universiti ini.

Ekspidisi yang julung kali diadakan ini juga dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan warga PTMK di samping menjadikannya sebagai aktiviti riadah kelab.

SAMBUTAN PROGRAM “JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT” PERINGKAT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

24 April 2019  Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) telah menganjurkan sambutan program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sekitar jam 11.00 pagi  hingga 11.10 pagi di FPJB masing-masing.
 
Justeru itu, staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) turut sama menjayakan program tersebut  dengan mengadakan pembacaan selama 10 minit di ruangan lobi PTMK.
 
Program ini merupakan usahasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang diadakan setiap tahun bersempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang disambut 23 April setiap tahun. Program ini merupakan salah satu usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Program ini akan dijalankan secara serentak di seluruh negara. 

 

LAWATAN KE PUSAT PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TAHAP GLOBAL, UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA (UTHM)

 18 Mac 2019 - Beberapa orang wakil Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), Pusat Pembangunan Akademik dan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan UPNM telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global (CGOL), UTHM. Sesi lawatan ini di atur bagi melihat pembangunan persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong inisiatif Kampus PintarUTHM.

 


  
 
 

  

PERGINYA SEORANG SAHABAT

6 April 2019 - Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) telah dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat yang sangat dikasihi iaitu Allahyarham Zamrie bin Mohd Nor, Juruteknik Komputer PTMK. Arwah merupakan seorang yang sentiasa ceria, sangat berdedikasi dalam tugasnya serta disenangi oleh warga staf UPNM. Banyak jasa dan pengorbanan arwah sepanjang berkhidmat universiti ini. Semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang yang beriman.  
 
Amin.

 
Tenanglah kau di sana wahai sahabat.

 
 

HARI KELUARGA PTMK 2019

9 - 10 Mac 2019: Hari Keluarga PTMK 2019 yang bertemakan Glamourous Night telah diadakan di Erya By Suria Hot Spring, Bentong, Pahang. Ia merupakan aktiviti yang julung kali diadakan anjuran Kelab PTMK bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan semua ahli kelab. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memeriahkan lagi Hari keluarga ini antaranya sukaneka, makan malam, cabutan bertuah, karaoke dan lain-lain lagi.